Saturday, September 27, 2008

balik kampung leklok....

well dah hari sabtu nih, bape hari lg je nak raya, so mesti ramai dah yg balik ke kampung halaman memasing. ade jgk yg blum balik lg, yg x balik langsung pun ade. hurmmm besa la nak carik rezeki......
klu dah time2 gini of coz lah jalanraya tu pun dah jadi cbuk n penuh dgn kenderaan. bila dah penuh ni phm2 jelah, kene lak bulan posa kan....jadi kena lah hati2 pade sesapa yg drive tu....

kat cni aku nak share ckit a few rules yg sgtlah berguna utk diikuti untuk kita2 ni yg drive ke kampung or nak balik semula ke bandar nnt....

1)rancang perjalanan anda terlebih dahulu utk mengelakkan gelabah last minit or tergesa2. utk perjalanan yg jauh, pastikan anda tak penat or ngantuk. jgn hentam je bwk keta dlm keadaan mabuk or stim dadah. klu dah penat sgt toksah ngengade nak drive, tdo dulu puas2 esok je jalan senang citer.

2)patuhi had laju yg telah ditetapkan. ade sbb JKR taruk had laju tu, bkn dorang suke2 je nak taruk.

3)patuhi peraturan keselamatan apabila menukar lorong pemanduan. sila berikan signal yg betul n tepat pada waktunya, betulkan dah lihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan aksi pertukaran lorong. ni bukan lorong pejalan kaki ye, lori bas seme lalu, jadi lakukan dgn hati2.

4)amalkan keselamatan di persimpanga trafik dengan memberhentikan kenderaan ketika lampu merah dan kuning. kita x tau mungkin mat rempit ade melintas dr simpang yg lain, kan dah naya.

5)elakkan aksi "mencucuk" kenderaan lain. klu dia brek emergency, silap2 kita yg kojol.

6)pastikan aksi memotong kenderaan dilakukan dengan selamat. klu bawak kete cabuk nak potong skyline GTR, toksah ngade nak tunjuk lagak. potong bila rasa yakin n selamat.

7)jangan memotong barisan. itu dah cam kuang haja la, n dangerous jgk.klu ko terpotong keta gengster mase tgh beratur tu, x pasal2 kene hayun dgn parang. korang igt hati korang x panas ke tgk org wat mcm tu kt ko kan?

8)jgn nak mencelah2, mencilok2 time memandu,bahaya. korang igt tokyo drift ke ape nih.


well tu je yg dpt aku kongsikan bersama this time, have a safe journey dan ingatlah orang yg tersayang...................

No comments:


Free chat widget @ ShoutMix